Tarikh Masuk JPA | Bayaran Biasiswa UKM



Kecewa dengan berita yang baru sahaja dibaca tadi, mendorong saye tuk share kat sini. kepada student UKM n student lain yang mengalami naseb same harap bersabar membaca berite nih...



Kelewatan Bayaran Biasiswa JPA Bagi Semester II Sesi 2011/2012





Dimaklumkan bahawa bahawa bayaran biasiswa bagi tempoh semester II sesi 2011/12 kepada pelajar-pelajar tajaan JPA Universiti Kebangsaan Malaysia (Bukan Kritikal) akan mengalamai kelewatan. Ini adalah disebabkan kerana sistem SILA di JPA menghadapi masalah semenjak dari minggu lepas. Proses bayaran dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja sistem tersebut dapat dibaikpulih.

Sehubungan dengan itu, pihak JPA memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku di antara pihak pelajar dan tuan/puan. Jasa baik pihak tuan/puan juga dipohon agar dapat memaklumkan kepada pelajar-pelajar di IPT tuan/puan berkenaan perkara ini bagi menjawab sebarang kemusykilan pelajar tentang kelewatan bayaran ini


Responses

0 Respones to "Tarikh Masuk JPA | Bayaran Biasiswa UKM"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com