Siti Nurhaliza Lahirkan 3 Perfume Terbaru SimplysitiSiti Nurhaliza Lahirkan 3 Harumannya




Siti Nurhaliza Lahirkan 3 HarumannyaKUALA LUMPUR, 5 MAC2012: Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk mengilhamkan wangian peribadinya sendiri hampir tercapai apabila dia bakal melancarkan wangian terbaru keluaran SimplySiti April ini.
Siti Nurhaliza berkata, dia amat teruja untuk memperkenalkan tiga jenis haruman yang dihasilkannya iaitu Pure, Memoir dan Precious.


Wangian eksklusif daripada penyanyi Cindai itu diasaskan daripada bunga-bungaan, khas buat peminat dan pengguna setia SimplySiti.

"Saya pasti peminat akan suka dengan tiga jenis bauan ini. Semuanya saya inspirasikan daripada wangian kegemaran saya sendiri."Menariknya, intipati wangian daripada Perancis ini adalah berasaskan daripada bunga-bungaan."Saya sukakan semua haruman ini kerana setiap jenis bauan itu ada karaktornya masing-masing."Wangian jenis Pure untuk rasa segar. Wangian Memoir pula untuk bau yang manis dan seksi. Manakala wangian Precious untuk sesiapa yang sukakan bau yang agak keras.

Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan dan berada di pasaran sekitar April ini.
Dua tahun melangkah maju dalam bidang perniagaan, Datuk Siti berkata sudah tiba masanya dia menembusi pasaran luar.
Bermula dengan Indonesia, Datuk Siti berkata destinasi berkenaan akan menjadi negara pertama yang akan memperluaskan dagangannya.

"Saya baru sahaja pulang daripada Indonesia dan bertemu dengan pengasas kosmetik terkenal di Indonesia, Martha Tilaar iaitu Ibu Martha."Saya berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dengannya bagaimana untuk saya memperkembangkan SimplySiti di sana."Alhamdulilah, perjumpaan itu mungkin akan berhasil tidak lama lagi," jelasnya.
Selain sibuk mempromosikan produk terbaru SimplySiti iaitu krim wajah Dermagik, Siti juga sedang dalam rangka promosi ke radio Inggeris untuk single keduanya, Remember You berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.


Responses

0 Respones to "Siti Nurhaliza Lahirkan 3 Perfume Terbaru SimplysitiSiti Nurhaliza Lahirkan 3 Harumannya"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com