Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap



One of my favourite food now is Nasi Ayam Penyet! memang best sangat lah kalo dapat merasa kenikmatan Ayam Penyet dengan Sambal fuhh..antara tempat yang me penah rasa Nasi Ayam Penyet ni kat cafe fakulti tempat me study, second kat restoran Nasi Ayam Penyet, Sungei Wang dan yang terdekat Nasi Ayam Penyet Wang Solo Kg Baru.
Ayam Penyet 
nak cuba Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap hasil tangan sendiri boleh lah cuba resepi ni

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

  1. Ayampenyet
    Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  7. Sambal_ayam_penyet
    Untuk Sambal
  8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
  16. Untuk Sup
  17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  19. Nasiayampenyet
    Untuk Nasi
  20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

kredit:blogresepi


Responses

2 Respones to "Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap"

fuzza nissa said...

thank you....nak cuba resipi ni nnti...=)

www.mummysayf.blogspot.com


November 22, 2013 at 1:04 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com