Remaja belasah pelajar Malaysia dijel 7 tahun




LONDON - Seorang remaja Britain dipenjara tujuh tahun kelmarin kerana membelasah sehingga mematahkan tulang rahang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli ketika bandar raya ini dilanda rusuhan tahun lalu.


Beau Isagba, 18, mengaku salah pada perbicaraan sebelum ini kerana mencederakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berusia 21 tahun itu dan menyamun basikalnya di Barking, timur bandar raya ini pada 8 Ogos tahun lalu.
Rakaman selepas Asyraf diserang yang menunjukkan dua lelaki mencuri beberapa barangan di dalam beg sandang mangsa dengan berpura-pura membantunya telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tersebar di laman perkongsian video YouTube.
Hakim Witold Pawlak memutuskan di Mahkamah Diraja Wood Green, utara bandar raya ini bahawa Isagba akan ditahan di sebuah institusi pemulihan belia dan dijangka dibebaskan secara bersyarat selepas menjalani hukuman selama 42 bulan.
"Saya harap hukuman ini akan mendorong mereka yang berniat jahat seperti kamu, berfikir dua kali sebelum bertindak di samping meyakinkan orang awam dan pelawat ke negara ini bahawa perbuatan seperti ini akan diberikan balasan setimpal," kata Pawlak.
Seminggu lalu, barisan juri di sebuah mahkamah di sini memutuskan dua lelaki berusia 22 tahun, John Kafunda dan Reece Donovan bersalah kerana mencuri barang-barang milik Asyraf. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan Selasa ini


Responses

0 Respones to "Remaja belasah pelajar Malaysia dijel 7 tahun"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com