Pelatih PLKN mati akibat virus kencing tikus, Latihan Air Di Semua Kem PLKN Digantung



KUALA LUMPUR- Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.


Responses

0 Respones to "Pelatih PLKN mati akibat virus kencing tikus, Latihan Air Di Semua Kem PLKN Digantung"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com