Padang bola Selangor bakal jadi pusat komersial





PETALING JAYA - Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal berhadapan nasib sama.
Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang beralamat di Klang.
Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.
"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.
"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam


Responses

0 Respones to "Padang bola Selangor bakal jadi pusat komersial"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com