Namewee Menang Di Osaka Asian Film Festival 2012



Namewee Menang Di Osaka Asian Film Festival 2012

Pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee memenangi trofi "Most Promising Talent Award" di Asian Film Festival 2012 yang berlangsung di Osaka, Jepun. Filem arahannya itu menewaskan filem Indonesia "Lovely Man" dan filem China "The Sword Identity".
Filem yang meraih kutipan sebanyak lebih RM7juta itu dibintangi Namewee, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Datuk David Arumugam dan ramai lagi.
Nasi Lemak 2.0 mengisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.
Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan pertama dari Namawee ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.
Festival filem itu berlangsung pada 3 hingga 18 Mac lalu.


Responses

0 Respones to "Namewee Menang Di Osaka Asian Film Festival 2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com