Modenas Ace 115, Harga Dan Spesifikasi



 

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn. Reka bentuk Modenas Ace 115 kelihatan seperti sebuah skuter terutama pada bahagian hadapan. Roda hadapan dan belakangnya menggunakan rim sport bersaiz 16 inci.
Selain itu, Modenas Ace 115 memiliki tempat duduk dua tona iaitu hitam dan kelabu. Ekzosnya pula lebih panjang dan bersegi. Antara ciri baharu yang diadaptasi ialah sistem suspensi belakang jenis tunggal (monoshock).
Enjin bersesaran 120cc berasaskan teknologi Kawasaki. 
Kotak gear empat kelajuan sistem berputar. Enjin Ace 115 berupaya menghasilkan kuasa kuda dan tork maksimum masing-masing sebanyak 7.3kW @ 8,500rpm dan 9.1Nm @ 4,000rpm.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abd. Halim Ismail dalam ucapannya memberitahu, model yang dilengkapi dengan tangki petrol berukuran 5.3 liter mampu merekodkan jarak perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam (km/j). Model itu disasarkan kepada pelanggan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
"Kami telah meningkatkan ujian ketahanan di jalan raya daripada 10,000km kepada 20,000km. Di samping ujian dynamometer daripada 200 jam kepada 300 jam," katanya.
Harga RM4,600 seunit
Warna : merah dan putih.


Responses

0 Respones to "Modenas Ace 115, Harga Dan Spesifikasi"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com