Mesej SMS Ugut Bunuh Dirang Sebelum Dibakar




Polis Mahu Cekup Wanita Ugut Ibu Dirang @ Nadhirah
Roselyn ibu Nurul Nadhirah Abdullah telah menerima mesej sms dari seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM10,000. Namun, malangnya Nadhirah atau dikenali sebagai Dirang telah pun ditemui dengan keadaan mayat yang rentung.

 

Terdahulu, Roselyn memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada beberapa wanita yang tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM10,000 dan mengancam untuk mencederakan Nurul Nadirah jika mereka enggan mengikut permintaan itu.
"Dia memberitahu saya untuk menyerahkan wang itu di Kota Baru atau mereka akan mencederakan Dirang.
"Ketika ditanya meminta untuk mendengar suara Dirang, mereka menyuruh saya supaya membayar wang tebusan sebelum panggilan dimatikan," katanya.



Responses

0 Respones to "Mesej SMS Ugut Bunuh Dirang Sebelum Dibakar"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com