Mayat bayi lelaki dalam longgokan sampah, dikerumuni anjing liar




KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.


Responses

0 Respones to "Mayat bayi lelaki dalam longgokan sampah, dikerumuni anjing liar"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com