Lynas bakal jejas nilai hartanah?



 

KUANTAN - Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan akan meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd., kata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya, nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan.
"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini semalam.
Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan pelbagai projek rakyat.
"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan, masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.


Responses

0 Respones to "Lynas bakal jejas nilai hartanah?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com