Liyana Jasmay Tunang 28 Mac, Nikah Januari 2013



Liyana Jasmay Tunang 28 Mac, Nikah Januari 2013

“Kedua-dua kami mahukan perkara ini berlangsung dengan cepat,” ujar pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay saat diajukan mengenai majlis pertunangannya yang bakal berlangsung pada 28 Mac ini. 

“Buat apa nak berpacaran, baik terus kahwin saja. Berpacaran ini remeh, jika dah tunang, ada juga ikatan yang betul. Bagi saya, kalau ‘couple-couple’ ini, zaman sekolah bolehlah,” ujar Liyana ketika ditemui pada sidang media drama siri, ‘3 Janji’, di Sri Pentas, Bandar Utama, sebentar tadi.
Bercerita mengenai perkenalannya dengan bakal tunang, Fathuddin Mazlan, 28, gadis berusia 24 tahun ini memberitahu, “Saya dah kenal dia lama. Dia senior saya di sekolah. Dia juga tinggal di kawasan rumah kami dan kakak saya kenal dengan kakak dia.

“Mula-mula saya ingat dia seorang yang serius dan poyo, tapi bila dah jumpa dia, dia seorang yang kelakar. Dia juga seorang yang baik dan sangat memahami. Dulu saya tak suka mat ‘smart’, saya sukakan orang yang comot dan ‘rockstar’. Tapi betul lah apa kata orang, apa yang kita tak suka, itulah yang kita akan dapat,” bicara Liyana mengenai bakal tunangnya itu.
“Kami hanya mula rapat sejak dua bulan lalu dan masa yang diambil untuk jatuh cinta dengan dia sekejap saja. Pada bulan Januari lalu, dia telah melamar saya dan saya gembira sangat sekarang. Alhamdulillah, jalan ke arah itu semuanya lancar dan tak ada sebarang halangan.”
Menyentuh mengenai majlis pertunangannya nanti, Liyana memberitahu, “Saya akan buat majlis di ‘backyard’ rumah. Majlis ini ‘simple’ saja dengan tema warna putih. Hantaran pula lima dulang dari pihak lelaki dibalas tujuh dari pihak saya. Sekarang ini saya sibuk menjalani penggambaran ‘3 Janji’ dan syukur Alhamdulillah, saya ada dua orang kakak yang banyak membantu.”
Pada majlis tersebut, Liyana turut memberitahu kepada pihak media yang beliau akan melangsungkan majlis akad nikah pada bulan Januari tahun depan.


Responses

0 Respones to "Liyana Jasmay Tunang 28 Mac, Nikah Januari 2013"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com