KOLEJ 'Aneh' Di Rumah Kedai



SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.


KUALA LUMPUR: Bermula daripada pemilik, tenaga pengajar, penuntut hinggalah pengawal keselamatan, semuanya warga asing.



Itulah ‘keanehan’ sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki. 

Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Penolong Pengarah 1, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata, hasil serbuan itu, enam tenaga pengajar dan 44 penuntut yang belajar di dalam kelas serta seorang pengawal keselamatan warga Sudan ditahan.




Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja.




Responses

0 Respones to "KOLEJ 'Aneh' Di Rumah Kedai"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com