Kasihan Pian (Cecupak) Kerana Paras Rupa Dia Dihina dan Dipulaukan



Setiap individu diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan Pian (Cecupak) yang merasakan kekurangan pada paras rupanya yang mendorong beliau melakukan suntikan botox. Namun usahanya nampak sia-sia apabila beliau terus dihina dan dipersendakan.


PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Pian (Cecupak) berkata sikap diskriminasi penggiat industri dan artis terhadapnya membuatkan dia berasa tawar hati untuk terus berada dalam bidang hiburan.
Pelawak berusia 42 tahun itu memberitahu ketelusannya dalam membuat pengakuan terbuka beberapa kesilapan yang pernah dilakukan termasuk menyuntik botoks di wajah sebelum ini telah disalah ertikan.
"Saya berasa terkilan dan kecil hati dengan industri hiburan ini. Saya dianiayai oleh penggiat seni dan artis di mana mereka cuba menutup periuk nasi saya.
"Saya tidak mendapat sebarang tawaran untuk program televisyen malah ada pula yang terus mencaci dan menghina hanya kerana saya bersikap jujur," katanya.
Bagaimanapun, Pian berkata dia tidak akan berdiam diri dengan sikap buruk segelintir artis yang berniat jahat untuk menganiayainya.
"Keadaan ini sangat menyedihkan saya dan membuatkan saya nekad untuk berundur diri apabila tiba waktunya nanti.
"Tapi saya takkan berdiam diri kepada beberapa artis yang cuba menganiayai saya. Saya sedang mengumpulkan bukti dan akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya, Pian berkata kekurangan tawaran sebagai pengacara memberikan lebih masa kepadanya untuk menumpukan perhatian pada produk kecantikan, Soft dan bisnes kertas dinding.
"Selain bisnes, saya juga sibuk menyiapkan rakaman album untuk anak saya, Aina Fazrin yang berusia 15 tahun.
"Apabila dia semakin kukuh dalam bidang nyanyian nanti, mungkin itu waktu terbaik untuk berundur diri sepenuhnya," katanya.


Responses

0 Respones to "Kasihan Pian (Cecupak) Kerana Paras Rupa Dia Dihina dan Dipulaukan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com