Juara Raja Lawak 6 Kumpulan Shiro, Bawa Pulang RM100,000



raja lawak 6 juara 

Juara program Raja Lawak musim ke enam, kumpulan Shiro. Shiro menewaskan kumpulan Zero dan Cuit yang masing-masing ditempat kedua dan ketiga dan mereka berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
shiro juara raja lawak 6 
Zero tempat kedua
shiro juara raja lawak 6 
Cuit temapt ketiga
Ujar Shahrol, mereka masih tidak tahu apa akan dilakukan dengan wang yang dimenangi tetapi memberitahu merancang untuk menyimpan bagi kegunaan masa hadapan.
Dalam pada itu, Shahrol memberitahu mereka masih belum membuat perancangan sama ada ingin meneruskan kerjaya sebagai pelawak dan pelakon atau kembali bekerja di tempat asal mereka.
Kedua-dua mereka adalah penjawat awam yang mana Shahrol bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia manakala Hanaffi adalah seorang tentera laut di Tentara Laut Di Raja Malaysia (TLDM).
"Kami masih belum membuat keputusan lagi kerana tidak menyangka akan sampai ke tahap ini. Bagaimanapun untuk tawaran dalam bidang hiburan kami serahkan kepada pihak Astro yang menentukan untuk kami," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai 'badi' kumpulan seperti mereka akan berpecah seperti mana terjadi kepada Sepah dan Kechik, Shahrol berkata perkara itu tidak mungkin berlalu kerana pertalian persaudaraan yang ada di antara mereka.
"Kalau berpecah pun saya dan dia nak lari ke mana kerana kami adalah sepupu. Pusing-pusing balik tetap akan berjumpa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya akan menerbitkan program susulan untuk juara Raja Lawak itu selain tidak mengabaikan peserta lain yang tidak berjaya memenangi pertandingan itu.
Nizam berkata, Astro sentiasa membuka pintu buat mereka mengembangkan kerjaya dengan medium sesuai seperti saluran Astro Warna.
"Seperti mana juara musim yang lalu kita akan memastikan bakat mereka tidak disia-siakan begitu sahaja dan program susulan akan diterbitkan selain tidak melupakan peserta lain," ujarnya


Responses

0 Respones to "Juara Raja Lawak 6 Kumpulan Shiro, Bawa Pulang RM100,000"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com