GAMBAR Anak Mawi Cahaya Malaika | bayi perempuan Mawi Ekin




SELEPAS hampir tiga tahun menanti, penyanyi Mawi akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan apabila isterinya, Ekin, selamat melahirkan bayi yang diberi nama Cahaya Malaika pada Selasa lalu. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan An-Nur, Bangi Selangor pada pukul 4 pagi. Ekin sebelum ini telah beberapa kali mengalami keguguran sejak mendirikan rumah tangga dengan Mawi pada 21 Disember 2008


Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi “nur” pada permulaannya.
Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.


Responses

0 Respones to "GAMBAR Anak Mawi Cahaya Malaika | bayi perempuan Mawi Ekin"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com