GAMBAR Almy Nadia Bersama Anak Angkat






Pelakon Almy Nadia menganggap kehadiran anak angkatnya yang dipelihara sejak tiga tahun lalu berjaya mengubah dirinya menjadi seorang wanita yang lebih matang dan bersemangat kuat.

Almy berkata, anak yang diberi nama Nur Afrina Darwisya itu turut mengajarnya erti kematangan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita.
“Sejah setahun kebelakangan ini saya sibuk memberi tumpuan kepada anak angkat saya ini. Kehadirannya benar-benar telah mengisi kehidupan saya," katanya kepada mStar Online pada Majlis Pelancaran Wanita Inspirasi TV3 di sini pada Khamis.
Bercerita lanjut mengenai anak angkatnya itu, Almy berkata kanak-kanak itu diambil daripada salah seorang saudaranya dan mula menjaga sejak dilahirkan.
Tambahnya jika sibuk dengan jadual penggambaran, tugas menjaga Nur Afrina diberikan kepada ibu Amly yang tinggal di Pulau Pinang.
"Setiap kali habis penggambaran atau apa-apa kerja saya akan terus balik naik bas atau menaiki kereta api untuk balik ke Pulau Pinang bagi bertemu dengan anak," ujarnya.
Tambahnya, dia masih dalam proses mendapatkan hak penjagaan kekal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap kanak-kanak tersebut dan dalam proses mendaftarkannya sebagai anak angkat secara sah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).




Responses

0 Respones to "GAMBAR Almy Nadia Bersama Anak Angkat"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com