Cara Buat Macarons | Resepi mudah sedap



Macarons, suke sangat rasanya yang sedap sweet sekali ngap terus habis. tak dan lah asyik nak beli macarons kat luar aje. mungkin lebih berbaloi kalo cuba buat sendiri mengikut citarasa sendiri. ni antara resepi cara buat macarons yang agak mudah. lepas ni boleh lah cuba macarons hasil tangan sendiri. Macarons berinti nutella nyum2..




Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons ) 

 150g Putih Telur **Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.
100g Gula Caster
180g Serbuk Almond 270g
Gula Icing Secubit Cream Tartar

 Cara-cara buat macarons

1Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk.
2Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.

Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
4
Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.

Img_3579Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang. Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan. Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.

6 Bakar macarons dalam 10 minit - 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.

Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar. Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik sini

TIPS **Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons. **Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa. **Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.

PERINGATAN **Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.

kredit: ilyani


Responses

0 Respones to "Cara Buat Macarons | Resepi mudah sedap"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com