Biasiswa kerajaan Jepun 23 Pelajar Layak




KUALA LUMPUR – Seramai 23 pelajar menerima biasiswa kerajaan Jepun yang keseluruhan bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pelajaran di negara tersebut.
Mereka terdiri daripada 21 lepasan ijazah dan dua pelajar ijazah pertama yang dipilih daripada 100 pemohon.
Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun sementara yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun.
"Pelajar ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan sementara lepasan ijazah akan menerima RM5,230 sebulan,” katanya di sini hari ini.
Nakamura berkata, pelajar yang diberi biasiswa itu dipilih berdasarkan kelayakan mereka, keputusan peperiksaan yang ditetapkan kerajaan Jepun serta temu duga yang dijalankan pihak kedutaan Jepun, JPA dan Kementerian Pelajaran.
Mereka akan dikecualikan dari membayar yuran sekolah, tuisyen dan peperiksaan selain diberi tiket penerbangan pergi-balik


Responses

0 Respones to "Biasiswa kerajaan Jepun 23 Pelajar Layak"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com