Tempoh Sah Baucar Buku 1Malaysia(BB1M) Dilanjutkan Sehingga 30 April ini




Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia dilanjut

 

PUTRAJAYA – Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.
"Pelanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.
"Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di sini hari ini.
Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam sejak awal tahun ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.
Sehubungan itu, Khaled berkata, semua kedai buku yang menyertai program ini dikehendaki menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan


Responses

0 Respones to "Tempoh Sah Baucar Buku 1Malaysia(BB1M) Dilanjutkan Sehingga 30 April ini"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com