Awal & Scha Umum Majlis Nikah Selasa Depan





PETALING JAYA: Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.
Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.
Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.
Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.
“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.
Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.


Responses

0 Respones to "Awal & Scha Umum Majlis Nikah Selasa Depan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com