Artis Popular Duduk Serumah Dengan Kekasih




Alkisahnya berkenaan seorang artis popular ni dengan pasangannya yang sememangnya dikenali. Sudahlah belum berkahwin dan duduk bersama, lagak mereka saling tidak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Menurut Murai; memandangkan beliau itu, artis popular yang dikenali ramai, tidak moleklah berkelakuan begitu. Kalau tertangkap dengan jabatan agama, tidak pasal-pasal kecoh seantaro Malaya pula.

Pesan sumber itu, lagi, masih belum terlambat untuk mereka menyedari kelakuan sumbang mereka itu. Malah khabarnya jiran-jiran sudah menghidu perkara itu, hanya menunggu masa sesuai saja untuk menyerbu mereka.
Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, cepat-cepatlah berubah atau kahwin sahajalah agar dapat membendung daripada melakukan maksiat berterusan.


Responses

0 Respones to "Artis Popular Duduk Serumah Dengan Kekasih"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com