Aaron Aziz Naik Angin Pembantu Peribadinya Jual iPad




 
PETALING JAYA: “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka. 
Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.


Responses

0 Respones to "Aaron Aziz Naik Angin Pembantu Peribadinya Jual iPad"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com