BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM



oh tidakkk!!! my pebret BP tersingkir dari MLM...

BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM


Selepas bertahan selama lapan minggu dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), akhirnya perjuangan kumpulan BP (Bawal Power) dan satu-satunya peserta solo yang tinggal iaitu Adlin Aman Ramlie berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.


Penyingkiran kumpulan BP dan Adlin diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza selepas hos AC Mizal mengumumkan nama mereka antara tiga yang mendapat markah terendah minggu ini. Kumpulan Pimai bagaimanapun terselamat dari penyingkiran walaupun markah mereka antara yang terendah.
MLM telah bersiaran secara langsung dari Royale Theatre Selangor, Shah Alam dan turut disiarkan di Astro Warna (saluran 132). Bagi minggu kelapan ini, setiap peserta dikehendaki membuat dua persembahan berbeza iaitu satu bertemakan bebas manakala satu lagi persembahan peserta harus menggunakan props yang telah diberikan kepada mereka.
Selain Siti Nurhaliza, dua orang lagi juri tetap untuk MLM ialah Dato' Redzuwan Ismail atau Chef Wan serta bintang lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan. Juri jemputan untuk minggu ini ialah penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Kesemua juri ini menyumbangkan 70% markah yang kemudiannya akan dicampurkan dengan 30% markah hasil undian penonton.
Minggu ini ialah minggu terakhir MLM bersiaran dari Royale Theatre Selangor, Shah Alam kerana pada minggu depan, iaitu minggu kesembilan MLM bakal diadakan di Johor Bahru.


Responses

0 Respones to "BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com