Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Otak




Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.

Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.


Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.
Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.
Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.
Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.
Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.
Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.


Responses

0 Respones to "Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Otak"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com