Mizz Nina Jual Pakaian Online




Penyanyi popular Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, bakal melancarkan perniagaan pakaian secara dalam talian secara kecil-kecilan yang dinamakan Mizz De Menor pada minggu depan.
Menurut isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh, ini, perniagaan tersebut akan merealisasikan cita-citanya yang menggemari bidang fesyen selain mahu berkongsi minat itu dengan peminat.
“Saya masih baru dengan perniagaan ini dan memikirkan untuk melakukan ia secara kecil-kecilan.
“Nama De Menor dipilih kerana ia melambangkan cara seseorang itu menonjolkan imejnya sama ada dia seorang yang ‘funky’, seksi dan sukakan warna-warni,” katanya 
Perniagaan ini diuruskan di bawah syarikatnya, Mizz Nina Productions selain albumnya,What You Waiting For yang menjadi projek pertama syarikat tersebut.
Dalam perkembangan lain, Nina dalam proses menyiapkan album keduanya untuk diterbitkan pada tahun depan.
“Setakat ini saya sudah menyiapkan empat buat lagu dan akan merakamkan tiga hingga empat buah lagu lagi.
“Saya juga sedang memikirkan artis tempatan yang akan berduet dalam lagu terbaru saya nanti,” katanya yang sedang popular dengan lagu Take Over duetnya dengan penyanyi antarabangsa Flo Rida.


Responses

0 Respones to "Mizz Nina Jual Pakaian Online"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com