(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Taja MUH Dengan Pengurus Sendiri






Hanya dengan sekali lafaz, anggota Meet Uncle Hussain (MUH), Nik Mustaza Nik Mustapha atau lebih dikenali sebagai Taja, 32, sah bergelar suami kepada Nafisah Mohamat Yusof Khir atau Kimmy, 28.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Azubir Razali di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30  petang kelmarin (Sabtu).



Pada majlis itu, selain menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas,  Kimmy yang juga pengurus MUH  turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM10,000, cincin berlian Diamond & Platinum, kamera digital Samsung, set wangian Vera Wang, set kosmetik MAC, beg tangan Coach serta senaskah Al-Quran dan sirih junjung.


Sebagai balasan, pengantin perempuan telah menghadiahkan sembilan dulang hantaran kepada pengantin lelaki yang terdiri daripada cincin Diamond & Platinum, senaskah Al-Quran, set permainan PlayStation 3, kamera DSLR Canon EOS 60D, set wangian Polo, jam tangan Cerutti 1881, buah-buahan, coklat Ferrero Rocher dan sirih junjung.

Pada majlis akad nikah yang hanya dihadiri kira-kira 100 orang tetamu itu, Taja dan Kimmy tampil dalam persalinan berona putih yang ditempah khas dari Bandung, Indonesia. Penampilan Kimmy tambah menawan apabila wajahnya dirias oleh jurusolek Lyana Dee.





Responses

0 Respones to "(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Taja MUH Dengan Pengurus Sendiri"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com