Yusry Bernikah Dengan Lisa Surihani 2012 Sekadar Propa




Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan.
Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012. Yusry menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak dapat memberi kerjasama agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.
Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.
Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem “Karak” itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.


Responses

0 Respones to "Yusry Bernikah Dengan Lisa Surihani 2012 Sekadar Propa"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com