Gambar Wajah Penyerang Ashraf Haziq Didedah | Rusuhan London




Gambar lakaran wajah penyerang Ashraf Haziq didedah. penyerang yang dipercayai memukul hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian rahang Ashraf Haziq turut merompak beberapa barangan milik Ashraf.


Penyerang yang dikenali sebagai Reece Donovan, 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London. Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya. Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.




Responses

0 Respones to "Gambar Wajah Penyerang Ashraf Haziq Didedah | Rusuhan London"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com