Yasmin Hani & Sha'arin Black Rose Nikah Ogos Ini



Dah lama menyepi pelakon dan pengacara Yasmin Hani, tup2 dengar berita yang die dah nak kahwin dengan jejaka bernama Sha'arin, bekas pemain drum Black Rose. kalo tak silap Sha'arin ni bekas suami Ida Nerina.

yasmin hani

Yasmin Hani mengakui dia kini dalam tempoh membuat persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada pertengahan bulan Ogos nanti.



Setahun bercinta bersama Sha'arin, jelas Yasmin dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri. Mempunyai minat yang sama dari segi muzik, jelas Yasmin, Sha'arin juga sangat mencintai laut, seperti mana dirinya.

"InsyaAllah, majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan pada bulan Ogos ini, dan sekarang ini saya sedang selesaikan beberapa prosedur perkahwinan yang agak sedikit rumit.
"Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja, jadi saya minta maaf terlebih awal sekiranya ada yang tidak mendapat undangan nanti. Sebelum ini saya memang teringin untuk bersanding ditaman sambil disaksikan oleh keluarga-keluarga terdekat sahaja.
"Saya bercinta dengannya (Sha'arin) sudah lebih setahun yang lalu, sekarang bila keluarga sebelah dia dah ok, dan keluarga saya juga begitu, jadi kami tidak mahu lagi bersembunyi atau menyorokkannya,"jelas Yasmin Hani yang sudah pun mengambil kursus kahwin tidak lama dahulu.
Menebak tentang Sha'arin, Yasmin mengakui lelaki itu begitu serasi dengannya dan banyak mengisi kekosongan yang ada dalam dirinya.
"Dia seorang yang sederhana, dari segi persamaan, kami berdua sangat sukakan muzik dan laut. Saya suka padanya kerana banyak perkara yang ada dalam dirinya, tidak ada dalam diri saya, begitu juga sebaliknya.
"Kami saling melengkapi dan dia juga sangat pandai menjaga saya sehinggakan ada kalanya dia lebih teliti berbanding saya,"jelasnya lagi.
Bercerita tentang perkahwinan, Yasmin masih akan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ini biarpun nanti akan bergelar isteri.
"Tiada halangan untuk saya terus dalam bidang ini, malah dia juga suka jika saya terus aktif dalam berlakon atau mengacara kerana ini juga akan menjana ekonomi keluarga kami. Dia juga pernah bekerja lama di Astro, jadi tidak ada masalah untuk dia memahami keadaan saya sebagai artis, yang penting kejujuran antara satu sama lain,"luahnya.


Responses

0 Respones to "Yasmin Hani & Sha'arin Black Rose Nikah Ogos Ini"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com