Suhaila Tuntutan Cerai, Mahu Hak Penjagaan Anak



Kegembiraan pasangan Jimmy Shanley dan  Nursuhaila Eliani Suhaimy menyambut puteri sulung mereka hanya sementara bile Suhaila ingin meneruskan tuntutan cerai dan hak penjagaan anak mereka, Zahrah Shanley.


menurut Suhaila,

“Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak yang berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.”
 Sering dipukul dan ditampar adalah antara faktor dia enggan kembali kepada Jimmy. Malah, sebelum malam perkahwinan pun dia telah ditampar apabila meminta izin untuk keluar bertemu rakan.

Ini termasuk dia dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui walaupun hanya kerana pertelingkahan kecil.

Tambah Nursuhaila lagi, “Saya tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia. Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.”.

Berbeza pula komen yang diberikan oleh pengacara tersebut yang berkata “Saya tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki. Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.”.






Responses

0 Respones to "Suhaila Tuntutan Cerai, Mahu Hak Penjagaan Anak"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com