Respon KFC MALAYSIA Terhadap Video Pekerja KFC Pedajal Makanan Pelanggan



Sebelum ni kecoh pasal satu video yang menayangkan perlakuan biadap pekerja KFC yang menyapu ayam di tapak kasut sebelum di goreng. dan perkara ni telah pun mendapat respon dari pihak KFC Malaysia, jum baca komen KFC Malaysia di entry ini.


Komen KFC Malaysia terhadap video pekerja KFC biadap.
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube. Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC. KFC akan sentiasa mengekalkan standardkebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini. Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua. Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd

so harap lepas ni benda camni tak kan berulang.


Responses

1 Respones to "Respon KFC MALAYSIA Terhadap Video Pekerja KFC Pedajal Makanan Pelanggan"

Hanniss SaNia said...

tapi lalu lagi ke nk mkn kalau da de rekod cmni?? huhuhuhuhu


July 5, 2011 at 9:32 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com