Pasangan Sarah Juara Mari Menari 2, Menang RM150 000




Tahniah kepada pasangan Sarah Juara Mari Menari musim kedua. Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, yang berasal dari Sabah ni mendapat 56 peratus undian penonton menewaskan pasangan Nita yang hanya di tempat kedua.
Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.

Pada malam akhir, pasangan Sarah mempersembahkan tarian lagu Dhol Baje(Bollywood) dan Papa Americano (Latin).
Pasangan Nita pula mendapat pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. yang tampil dengan tarian lagu Jalwa (Bollywood) dan La Bomba (Latin).


Responses

0 Respones to "Pasangan Sarah Juara Mari Menari 2, Menang RM150 000"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com