Kisah Neelofa: Cantik, Seksi, Bijak, Popular, full package yaww!!



fuh! bila baca artikel harian Metro arini kemain lagi wartawan tu 'kipas' Neelofa. yang paling takleh blah antara artikel yang ditulis "hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi.' hiperbola sungguh bahasa yang digunakan, mungkin itu lah yang dikatakan bahasa sastera yang penuh nilai seni. tapi nak bersastera kena tengok tempat juga.

Foto

kalo korang berminat nak baca kisah Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor yang cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah sila klik untuk teruskan membaca

pix_middle

BETAPA bertuahnya dilahirkan sebagai Noor Neelofa Mohd Noor. Cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah. Pendek kata, hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi.
Lebih indah apabila pembabitan dalam dunia peragaan menampakkan sinar. Dalam tempoh yang singkat, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjadi sebutan ramai. Masing-masing memuji dia pendatang baru yang punya pakej lengkap dan berpotensi besar sebagai pelapis heroin sedia ada. 



Mendekati bintang muda ini, dia meluahkan rasa syukur dilahirkan dalam keluarga besar yang memahami dan menyokong minatnya terhadap dunia seni. Dorongan dan restu ayah bonda menjadi azimat dalam setiap langkahnya. Kata-kata semangat dan sikap ringan tulang adik-adik beradiknya menjadi inspirasi dalam memacu impiannya. 

“Alhamdulillah, saya menikmati kehidupan yang indah. Punya ibu bapa yang penyayang, dikelilingi enam adik beradik perempuan dan dua lelaki, perjalanan saya dalam dunia lakonan serta peragaan dipermudahkan.



“Apa yang boleh saya katakan, hidup ini seistimewa nama diberikan oleh ibu, Noor Neelofa yang bermaksud cahaya bunga biru. Nama ini unik daripada adik beradik lain di mana ia nama orang Iran.

“Saya sudah biasa berdikari dari kecil, malah sejak di bangku sekolah saya mahu penuhi segala harapan ibu bapa dan berazam membalas jasa mereka. Ketika itu saya tidak ada duit dan kudrat tenaga pun kurang, jadi sebagai balasan saya berusaha menggembirakan dua insan tersayang ini melalui keputusan pelajaran saya. Alhamdulillah, saya dapat puaskan hati mereka dengan menghadiahkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 


“Selepas menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) saya menyambung pengajian ijazah sarjana muda berkembar jurusan Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran. Lega bila balas jasa dan penat lelah ibu bapa dengan cara ini,” katanya. 



Foto

Dalam nada riang, heroin filem Azura ini turut berkongsi perkembangan terbaru keluarganya di mana ibu bapanya akan menimang cahaya mata ke-10 penghujung Oktober depan. Rona bahagia tergambar jelas di ruang matanya sekali gus membuktikan betapa kuatnya ikatan kasih sayang antaranya dan keluarga. 

“Dari darjah tiga saya sudah biasa bantu ibu menjaga adik-adik. Jadi tidak kekok uruskan adik yang baru lahir termasuklah mandikan dan berikan mereka susu. Kehadiran adik baru ini memang sangat dinanti-nantikan malah kami semua tidak sabar mahu menatap wajahnya. 

“Uniknya keluarga saya, selain ramai adik-beradik, kami masih amalkan budaya tradisi ibu saya yang berdarah Arab-Pakistan. Hubungan saudara mara sangat rapat malah setiap kali sambutan Hari Raya kami akan berkumpul di rumah nenek.

“Macam mana keramaian yang kita biasa lihat dalam cerita Hindustan, macam itulah meriahnya keluarga besar kami. Nenek saya ada 34 cucu, bayangkan kalau berkumpul semua saudara mara boleh cecah 50 hingga 60 orang. Ketika itu rumah nenek akan penuh dan kami akan tidur merata-rata. Walaupun sesak, kami gembira kerana itulah masanya boleh bercerita panjang perkembangan terbaru masing-masing. 

“Saya juga sangat beruntung kerana memiliki keluarga yang menyokong pembabitan saya dalam seni. Jika ada penggambaran atau perlu menghadiri majlis, mereka akan membantu menyiapkan saya,” katanya seraya melemparkan senyuman manis. 

Biarpun dianugerahkan wajah yang jelita, gadis ini tidak mendabik dada sebaliknya dengan rendah diri melabelkan dirinya biasa-biasa saja. Tiada apa yang perlu dibanggakan biarpun dirinya dimahkotakan gelaran Dewi Remaja kerana apa yang lebih penting baginya adalah kecantikan dalaman. 

Bagaimanapun, gadis genit ini tidak menafikan kelebihan itu ada banyak kebaikan termasuklah mudah mendapat kawan dan sering menerima layanan yang baik. 

“Jujur, saya tak pernah rasa diri ini cantik. Di luar sana ada ramai lagi yang lebih cantik daripada saya. Apa yang ada pada saya hanya pinjaman Ilahi semata-mata dan ia akan pudar dimamah usia. Sebab itulah saya lebih menekankan kecantikan dalaman kerana ia kekal seterusnya membuatkan pemiliknya mempunyai personaliti menarik. 

“Adakalanya segan juga bila dapat layanan baik. Macam-macam saya fikir, antaranya adakah orang sekeliling mereka ikhlas berbaik dengan saya atau ada udang di sebalik batu. Kejadian beberapa kali ditikam dari belakang buat saya berhati-hati. Sejak itu saya susah percayakan orang luar dan lebih teliti dalam memilih kawan. Bagi saya, kawan terbaik adalah keluarga. 

“Jika tidak terikat dengan kuliah atau aktiviti seni saya akan habiskan masa dengan mereka. Kebetulan pula saya bukan jenis suka melepak dengan kawan-kawan kalau adapun sekali-sekala. Saya buat diri saya eksklusif, tak semudah itu untuk didekati. Bukan sombong tetapi saya lebih selesa begitu selepas belajar daripada pengalaman lepas,” katanya yang anggun dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. 



Foto

Melihat perwatakannya, pasti ada yang menganggap dia gadis berada yang manja, boros dan punya ramai teman lelaki. Jika itu telahan pertama apabila menatap wajah Neelofa, lupakan saja kerana pandangan itu jauh tersasar dari keperibadian sebenar aktres muda ini. 

Dibesarkan dalam keluarga yang cukup mementingkan disiplin, dia bukan gadis kota yang bebas bersosial. Ada had dalam setiap tindak tanduknya malah jangan terkejut andai gadis ini tidak lepas daripada pengawasan bapa meskipun sudah berusia 22 tahun. 

“Bohonglah kalau saya cakap tidak pernah memberontak dengan kawalan ketat ayah sebelum ini. Pernah juga saya persoalkan kenapa tidak boleh bebas macam remaja lain. Maklumlah ketika itu darah muda membuak-buak, mahu juga kenal ramai orang. Bayangkanlah dalam sebulan, hanya dua atau tiga kali saja saya boleh melepak dengan kawan, itupun dengan keizinan ayah. 

“Mahu keluar ke kedai pun susah malah ayah meletakkan syarat sesibuk manapun, anak-anak kena pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kami kena bersihkan diri, bersiap untuk solat berjemaah dan kemudian menikmati makan malam bersama-sama.

“Apabila difikirkan semula, ada banyak kebaikan ayah tegas dalam membesarkan kami adik beradik. Disebabkan didikan ayah, saya bebas kelab malam, rokok dan tidak mendekati perkara-perkara negatif yang boleh memalukan diri dan keluarga.

“Ayah juga tidak memanjakan kami dengan wang. Bila mahukan sesuatu, tidak boleh main minta sebaliknya kami diajar berusaha. Ayah mahu kami belajar hidup susah dan menghargai wang. Jadi saya bukanlah anak yang bergantung dengan ibu bapa sebaliknya dari kecil sudah belajar berdikari,” katanya. 

Menyentuh perihal karier, akui Neelofa populariti mendadak yang dikecapi hari ini datang tanpa disangka. Bagaikan mimpi, dia dikenali dalam tempoh cukup singkat. Bermula Januari lalu langkahnya dihayun laju bersama tawaran tidak pernah putus. Saban hari ada saja rezeki menjengah hinggakan ada yang terpaksa ditolak gara-gara pertindihan jadual. 

“Saya sendiri tidak percaya boleh naik secepat ini. Macam bermimpi tetapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Ada juga beberapa teman lebih berpengalaman minta saya berhati-hati kerana kata mereka, biasanya jika cepat naik, cepat juga jatuh. Insya-Allah segala nasihat akan saya jadikan panduan dalam memastikan peluang yang datang ini tidak sia-sia. 

“Saya mahu bertahan lama dan kerana itu perlu lebih banyak belajar dan perbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa. Masih ingat lagi, ketika menyertai Dewi Remaja, tidak pernah terlintas saya akan menceburi dunia lakonan. Ketika itu saya cuma minat dalam bidang peragaan. 

“Tidak sangka pula selepas dinobatkan juara, tiba-tiba muncul tawaran membintangi Azura. Percubaan pertama itu membibitkan rasa cinta dan kian menebal apabila menjayakan drama Kasih Najihah, Kitab Cinta dan filem Hantu Kapcai. 

“Jika tiada aral, saya akan terbabit dengan filem terbaru Datuk Yusof Haslam di samping dua nama besar iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dalam waktu terdekat,” kata gadis bermata cantik ini. 

Diusik soal cinta dan jodoh, sambil ketawa si manis berusia 22 tahun ini berkata, tergerak juga hatinya untuk mencintai dan dicintai namun wujud perasaan was-was dalam dirinya kerana bukan mudah mencari pasangan yang benar-benar memahami serta ikhlas menyuntingnya sebagai kekasih. 

“Siapa yang tidak mahu ada kekasih tetapi setakat ini saya belum jumpa yang sesuai. Biarlah saya masih muda, tak perlu tergesa-gesa soal cinta atau jodoh. 

“Lagipun bukan mudah mendapatkan cinta sejati. Bukan skeptikal tetapi zaman sekarang tak ramai yang bersikap jujur. Barangkali lelaki ada banyak pilihan kerana jurang nisbah jumlah lelaki dan wanita sangat besar. Saya suka lihat cinta Angelina Jolie dan Brad Pitt, mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan tidak peduli apa orang cakap. 

“Kalau untuk dijadikan suami, saya mencari orang yang tinggi ilmu agama kerana biasanya mereka yang patuh dengan perintah Allah akan jadi insan bertanggungjawab, berbudi pekerti dan amanah. 

“Dia juga mestilah boleh menerima saya seadanya dan paling penting disukai ibu saya. Saya percaya jika direstui keluarga lebih-lebih lagi ibu Insya-Allah akan bahagia,” katanya yang mengusahakan bisnes kasut menerusi laman sesawang, neelofa.blogspot.com.

sumber: hMetro




Responses

5 Respones to "Kisah Neelofa: Cantik, Seksi, Bijak, Popular, full package yaww!!"

Anonymous said...

hahaha..wartawan ni bodoss, sj hiperbola ayat..ntah2 kena bayar apa..rileks sudah~~ minah ni pki baju pn mcm telanjang..ayah n ibu pn bercerai.


July 13, 2011 at 1:18 PM
Anonymous said...

KASIHAN BAPAK DIA KENA TANGGUNG DOSA


October 28, 2011 at 7:14 PM
elyn_shazlien said...

kita ni nak kata dia pakai tu lah inilah . yang kita dok buka aib dia tak dosa ke namanya tu ?


December 26, 2011 at 7:13 AM
Anonymous said...

aib tu benda yg kita buat secara sorok2, xnak org taw. ni kira sorok2 ke??


August 8, 2012 at 11:10 PM
Anonymous said...

xbaek mngata neelofa cam tu,dpt dosa bnyak adelah insaf ajelah


December 5, 2012 at 12:13 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com