Juara Imam Muda 2 : Hassan



Tahniah buat imam muda Hassan yang dinobatkan sebagai juara imam muda 2. nampaknya bukan senang nak menentukan siapa yang bakal juara imam muda musim kedua ni, sebab kedua-dua finalist iaitu Imam Muda Hassan dan Imam Muda  Nazrul masing2 ada kelebihan yang tersendiri.


sebagai juara imam muda Hassan membawa pulang hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Manakala Naib juara, Imam muda Nazrul memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Tahniah...


Responses

0 Respones to "Juara Imam Muda 2 : Hassan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com