(Gambar) Majlis Resepsi Tomok & Ayu, Persis Raja Jawa



Selepas majlis pernikahan dan majlis persandingan Tomok dan Ayu di sebelah keluarga pengantin perempuan, semalam berlangsung majlis resepsi penyanyi Tomok bersama isteri yang bertugas sebagai pramugari, Ayu yang diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang yang bertemakan adat tradisi jawa dengan pilihan warna kuning keemasaan dan biru.






Majlis resepsi yang berlangsung secara meriah itu telah dihoskan oleh pengacara Aidil Abd Ghafar. Ramai artis popular tanahair hadir sama seperti Fasha Sandha, Faizal Tahir, Ifa Raziah, Azwan Ali, Yuna, Newboyz, Shah Slam, Shila Amzah, One Sofarz, Stacy, Akim, Linda Onn, Intan Ladyana, Thumb Suhaimi, Ana Raffali, Black, Mohd, Farah Asyikin dan Jaclyn.

Malam resepsi ini turut diserikan dengan persembahan dari Akim, Stacy, Isma, Zul 2BY2, Black dan Jaclyn Victor. Lebih menarik, ayah Tomok telah mendendangkan lagu Getaran Jiwa sambil bermain keyboard. Selain persembahan dan tarian jawa dari artis budaya Saloma Bistro, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan video semasa majlis pernikahan Tomok yang diadakan pada 1 Julai lalu.


Responses

0 Respones to "(Gambar) Majlis Resepsi Tomok & Ayu, Persis Raja Jawa"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com