(Gambar) Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir



Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam kelmarin. Pasangan sama cantik, sama padan ini tampil dengan persalinan putih rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Manakala solekan menawan Nurul Syuhada mendapat sentuhan jurumekap TV3, Laila Rohani.

Berkonsepkan moden tradisional, majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana ini dihadiri oleh 1000 orang tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara terdekat, kenalan-kenalan rapat dan juga rakan-rakan sejawat Nurul Syuhada di stesen televisyen TV3.



Menjawab soalan tentang destinasi bulan madu, Raja Amir memberitahu beliau dan Nurul Syuhada bercadang untuk ke Kota Cinta, Paris pada bulan Oktober nanti.

“Memandangkan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi dan selepas itu kita akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri pula, jadi kami merancang untuk berbulan madu pada bulan Oktober nanti. Kami memilih kota Paris kerana kota ini terkenal sebagai Kota Cinta,” ujar Raja Amir lagi.

teruskan membaca untuk melihat lagi banyak gambar...





Responses

0 Respones to "(Gambar) Majlis Resepsi Persandingan Nurul Syuhada & Raja Amir"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com