(Gambar) Majlis Nikah Tomok dan Ayu 1 Julai 2011



Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.



Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11. Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.
Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).
teruskan layan gambar nikah Tomok sepenuhnya...





tahniah :)


Responses

0 Respones to "(Gambar) Majlis Nikah Tomok dan Ayu 1 Julai 2011"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com