(Gambar) Majlis Nikah Noh Hujan & Mizz Nina



Tahniah buat pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina yang dah selamat bergelar suami isteri kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang.
Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.
Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.


teruskan layan gambar pernikahan Noh & Mizz Nina






Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.
Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.


tahniah, majlis resepsi pasti lagi grand!


Responses

0 Respones to "(Gambar) Majlis Nikah Noh Hujan & Mizz Nina"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com