ELECOLDXHOT Juara Showdown 2011



Kumpulan ELECOLDXHOT muncul sebagai Juara program realiti “battle dance” SHOWDOWN 2011 malam tadi. Berlangsung di i-City, Shah Alam, kumpulan itu yang dianggotai lima jejaka yang terdiri daripada Ooi Kok Wei, Yin Zhen Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000.



Kemenangan Elecoldxhot diiktiraf selepas mereka mempamerkan persembahan yang bertenaga dan mantap menewaskan tiga lagi persaing iaitu Bounce Stepperz, Rokusteps dan HMC Phlow.


Responses

0 Respones to "ELECOLDXHOT Juara Showdown 2011"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com