Dr Harlina mahu bersalin dalam air



Pastinya tak sabar dan teruja pasangan angkasawan negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina menyambut kelahiran anak sulung mereka. dengarnya Dr Harlina mahu bersalin dalam air? sebagai sorang doktor mungkin Dr Harlina lebih tahu kelebihan bersalin dalam air ni.


 “Kaedah bersalin ini sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malah ramai yang mempraktikkan kaedah ini umpama spa yang memberi kelegaan dan ketenangan fikiran.
apa kata Dr Harlina lagi...



“Tapi di negara ini, jarang dilakukan. Kalau ada pun, hanyalah wanita-wanita berbangsa Inggeris yang bekerja di sini,” katanya yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta. Bertanyakan tentang jantina bayinya itu, baik Halina atau Sheikh Muszaphar, sepakat tidak mahu mengetahui perkara itu dan membiarkannya menjadi kejutan buat mereka. 
“Saya banyak bertanya kepada orang-orang tua untuk berkongsi pengalaman berkenaan penjagaan bayi dan pantang larang ibu bersalin. Malah dia juga turut membantu saya untuk menghadapi masa itu. 

 pasangan ni bakal menimang cahaya mata dalam bulan Julai ini


Responses

2 Respones to "Dr Harlina mahu bersalin dalam air"

Wanie said...

menarik..pernah tengok gak video org bersalin dalam air..:)


July 3, 2011 at 11:20 AM
armouris said...

lagi info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit


July 4, 2011 at 12:06 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com