Novel "Kasih Yang Suci" Ke TV3 Sebagai "Nora Elena"



sape tak tengok drama Nora Elena memang rugi owhh sebab filem ni kire boleh tahan best jugak. kalu nak tahu jalan citer drama ni dan ending skali boleh la korang cepat2 beli novel 'Kasih yang Suci'.



Menurut penerbit Suryatie Sidek, pemilihan novel ‘Kasih Yang Suci’ ini adalah disebabkan ia mempunyai ramai pembaca dan antara novel paling laris di antara novel-novel terbitan Alaf 21. Ketika ditemui, Suryatie menjelaskan mengapa tajuk asal novel tidak digunakan untuk drama ini.

“Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, kami terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kita ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama.

“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama “Nora Elena” di Sri Pentas baru-baru ini.

Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofazr. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.




Responses

0 Respones to "Novel "Kasih Yang Suci" Ke TV3 Sebagai "Nora Elena""

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com