Gimik, Marsha Mengaku Sudah Berkahwin



Sebelum ni kuar gosip penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, berkahwin senyap-senyap. dan hari ni dalam harian Metro, Marsha sendiri mengaku dia sudah berkahwin.

“Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” katanya


Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media. 

Betulkah Bintang AF3, Marsha Milan Londoh Dah Kahwin?

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam

dan kenyataan terbaru dari pengurus Marsha;

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.
"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya

@: gimik wokey..huahuahua


Responses

0 Respones to "Gimik, Marsha Mengaku Sudah Berkahwin"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com