Konsert Akhir AF9 | Hazama Bakal Juara?



Pasti ramai yang tak sabar nak menyaksikan konsert akhir AF9 yang akan berlangsung malam ni. Konsert akhir AF9 ini akan menyaksikan persaingan sengit di antara pelajar Top 4 AF9 iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena. 

Hazama AF9 Favourite Ramai Sebagai Juara AF9?

untuk konsert malam ni Fina akan membawakan lagu Satu Harapan yang dipopularkan oleh Jaclyn Victor serta lagunya sendiri yang berjudul Menangis Lagi. Hazama dengan Pukau nyanyian Tomok serta Cinta Teragung. Lena pula akan mempersembahkan lagu Dunia daripada Bunkface serta Sisa Kisah Kita. Manakala, Azri pula akan membawakan lagu Slank, Aku Tak Bisa dan Niskala.

Sukar sebenarnya untuk menentukan siapakah di antara keempat-empat Top 4 AF9 ini yang layak bergelar juara AF9. Masing-masing mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Masing-masing juga mempunyai penyongkong setia yang cukup ramai.

Kalau nak tahu sama ada ramalan ini tepat atau sebaliknya, kita tunggu sajalah keputusannya yang akan diumumkan oleh hos AF9, Aznil Nawawi atau Pak Nil sejurus selepas berakhirnya konsert AF9 nanti.

@: bukan hazama ni penah masuk af yang sebelum ni tapi awal2 lagi terkeluar. 


Responses

0 Respones to "Konsert Akhir AF9 | Hazama Bakal Juara?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com