Kemenangan Hazama Dirancang | ASTRO Berat Sebelah?



Isu kemenangan dirancang dalam Akademi Fantasia sudah kedengaran sejak beberapa musim yang lepas lagi. bukan setakat merancang juara AF, ASTRO juga pernah dikatakan sudah merancang pelajar yang bakal terkeluar mahupun pelajar yang bakal diundi masuk. mungkin itu satu strategi astro atau sekadar kabar angin saja.

tapi dalam konsert AF9, nampak benar Hazama menjadi 'anak emas' astro. bila persembahan Hazama lebih mantap dari peserta lain dengan tayangan video klip sebelum memulakan persembahan. kalo tengok peserta lain hanya piano yang digunakan oleh Lena begitu juga Azri.

apa kata manggaonline~

Menutup 'institusi' yang dibina sembilan tahun yang lalu, Akademi Fantasia (AF) berjaya melahirkan seramai 120 orang pelajar bermula daripada AF1 hingga AF9. Bermula hanya dipentas kecil iaitu di Dewan Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, AF bagaimanapun menutup tirai secara gah di hadapan ribuan peminatnya di Dataran Putrajaya, semalam.

Menobatkan Hazama sebagai pemilik terakhir gelaran juara program realiti itu, ia sekaligus menjadi penutup pada 'demam' AF yang selama sembilan tahun menghantui peminatnya.
Seperti kebiasaan, kemenangan ini sudah pun mendapat jangkaan awal, jadi tidak hairanlah jika ada yang mengatakan Hazama begitu ditatang oleh pihak Astro terutamanya dari segi persembahan.
Lihat sahaja pada persembahan pertamanya, Hazama yang membawakan lagu Pukau, nyanyian asal Tomok, persembahan yang begitu berbeza dengan teman-teman finalisnya yang lain, Hazama membuka persembahan itu dengan satu vedio klip yang hebat!
Beralih kepada lagu kedua, Hazama sekali lagi membawa kelainan dengan menyanyikan lagu, Cinta Teragung dengan bantuan pemuzik di belakangnya.
Hazama sememangnya mempunyai bakat yang besar, malah tidak dinafikan juga Hazama mempunyai aura yang besar, biarpun ianya tidak sebesar aura Mawi pada tahun 2005 yang lalu, namun kelebihan yang diterima Hazama sedikit sebanyak membantu persembahan Hazama pada malam itu.
Berbalik pada finalis lain, apa yang mereka persembahkan di lihat biasa-biasa sahaja, malah penggunaan prop piano yang digunakan oleh Lena turut digunakan oleh Azri pada persembahan berikutnya.
Tapi itu semua sudah berakhir, yang pasti tiada lagi AF selepas ini, sama ada wajar atau tidak ia di tutup itu semua bergantung pada pihak Astro.


Responses

0 Respones to "Kemenangan Hazama Dirancang | ASTRO Berat Sebelah?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com