Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA



Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.
Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.
"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. - BERNAMA


Responses

0 Respones to "Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com