Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar



Ikatan pertunangan pasangan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 1 Julai 2011. Majlis pernikahan ini akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya.
kad jemputan pun dah mula diedar. yang menariknya kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, nampak unik dan lain dari yang lain
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.
Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.
Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

~mstar


Responses

0 Respones to "Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com