(Gambar) Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak



Lama tak dengar citer angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar or Dr SMS. lepas majlis perkahwinan yang sangat grand ngan isteri Dr Halina, kini Dr Sms dah tak sabar nampaknya dan sangat teruja nak menimang anak sulung mereka.


manis sungguh wajah Dr Halina, seri bakal ibu lah katakan

Sheikh Muszaphar dan isteri enggan membuat imbasan jantina anaknya kerana katanya;
"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti
"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.
kata Dr Sms lagi... 


"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri.
"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luahnya.
Bercerita tentang anak, jelas Sheikh Muszaphar dia tidak meletakkan satu-satu bidang khusus untuk anaknya nanti, malah sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang diminati anaknya itu.
"Saya akan menyokong apa sahaja yang diminatinya, tidak kisah jika dia mahu menjadi doktor, dan sekiranya dia mahu menjadi angkasawan juga saya tidak keberatan,"jelasnya yang masih tidak mahu memikirkan tentang pelajaran anaknya terlebih dahulu.
Bagi Datin Dr. Halina pula, dia bersyukur apabila dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, sebagai ibu, Dr Halina sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kandungannya.
"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi,"jelas Dr.Halina yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang sahaja. 

@: tak sabar nak tengok wajah baby mereka, pasti comel bangat!




Responses

0 Respones to "(Gambar) Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com