Fenomena Gerhana Bulan Esok



Jarang sekali dapat melihat berlaku gerhana bulan, tapi menurut Agensi Angkasa Negara, fenomena gerhana bulan sepenuhnya dapat disaksikan antara pukul 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok.


Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada pukul 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 4.13 pagi. Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.


Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu tersebut kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.






Responses

0 Respones to "Fenomena Gerhana Bulan Esok"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com