Drama Stanza Cinta TV3 | Sinopsis OST Stanza Cinta



Lepas habis je drama Nora Elena ngan ending yang agak hampeh, satu lagi drama baru bakal menemui penonton, Stanza Cinta yang akan mula ditayangkan 19 Jun 2011 (malam ni) setiap Ahad jam 9 malam.


Drama Stanza Cinta ini  merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Nurull Halawati bertajuk Stanza Cinta dibarisi pelakon Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuzz.


Sinopsis Stanza Cinta


SINOPSIS STANZA CINTA (DARI NOVEL)

Amni Sorfina, seorang gadis yang berkeperibadian indah seindah namanya yang bermaksud ‘ketenangan yang suci’. Amni merupakan seorang wanita akhir zaman yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah. Namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian sering melanda dirinya.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya.

Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah. Taufiq hadir dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah.

Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Begitu jugalah perhubungan antara Amni dan Taufiq. Perhubungan mereka berlandaskan syariat Islam, tahu batas-batas perhubungan antara seorang lelaki dan wanita. Menggunakan orang perantaraan untuk menyampaikan hajat menyunting idaman hati. Ada dugaan dan rintangan menanti mereka tika saat dalam proses untuk mengikat hubungan supaya halal disisi Allah S.W.T. Jika memang jodoh, walau si dia jauh beribu batu, tetap akan bersatu. Tetapi, jika memang tiada jodoh, walau berada didepan mata, tetap tidak akan dapat untuk dimiliki. Masih belum tiba waktunya untuk Amni dan taufiq bersatu.
 Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Stanza Cinta memaparkan kisah cinta tiga segi. Amni mencintai Taufik tetapi bertunang dengan Irfan. Bagaimanakah Amni boleh bertunang dengan Irfan?. Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati. Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni, yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
Bagi Irfan Ikmal, Amni adalah seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas dan sangat tabah walaupun suka menangis dan mudah tersentuh hatinya. Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika Irfan teraba-raba dalam kegelapan dan membuatkan Irfan mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkan padanya.
Bagi Taufiq Imran pula, Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin dijadikan zaujah disisinya. Taufiq membutuhkan dukungan Amni sebagai peneguh, doa Amni untuk kehidupan, senyum Amni untuk mengatasi kesedihan dan diri Amni untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna. Taufiq sungguh mencintai Amni kerana Allah…..”
kredit:syaisya.com



OST Stanza Cinta



@:sama2 kite nonton Stanza Cinta malam ni yer


Responses

0 Respones to "Drama Stanza Cinta TV3 | Sinopsis OST Stanza Cinta"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com